CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
SBP Integrasi Selandar, 77500 Selandar, Melaka 06-4462363 (P) 06-4462363 (F) MRA1001

Mengenai Pusat Akses


Apakah itu Pusat Akses Sekolah?
Pusat Akses Sekolah mengamalkan konsep ala "cyber cafe" tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran. Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran secara kendiri (self learning) dan mempelbagaikan gaya pembelajaran mereka. Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara sendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri.

Apakah matlamat Pusat Akses Sekolah?
Matlamat Pusat Akses Sekolah ialah untuk:

1. Membudayakan penggunaan ICT di sekolah
2. Mengurangkan nisbah komputer dengan murid
3. Meningkatkan masa penggunaan (contact hours) komputer oleh murid

Apakah objektif Pusat Akses Sekolah?
Objektif Pusat Akses Sekolah ialah untuk:
1. Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat
2. Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah  kendiri dan akses kendiri dengan
lebih berkesan
3. Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pengajaran dan pembelajaran

Bagaimanakah Pusat Akses Sekolah beroperasi?
Pusat Akses Sekolah beroperasi semasa dan selepas waktu persekolahan. Ia juga digalakkan beroperasi pada hujung minggu dan cuti sekolah dengan syarat ada pengawasan oleh pihak sekolah yang boleh menjamin keselamatan peralatan dan boleh memantau penggunaan.